Tagboard
Place your tagboard here. The maximum height is 140px and the maximum width is 180px.

this is soooo not me. blergh
posted on 18 January 2013 2:31 PM

angin sepoi-sepoi bahasa, matahari panas terik. peluh memercik. di bawah pohon sena itu, teguhnya berdiri si gadis yang menanti sang arjunanya dengan penuh debaran. 

''silap aku terlepas cakap depan bebudak ni, tak pepasal hari ni kena confess" monolog sang gadis. 

sang arjuna tak kunjung tiba, kebiasaannya jam 13:18 tepat sang arjuna akan turun dari tangga batu megah menghadap pokok sena ini. 

dari mana sang gadis tahu semua tu? kalau dah mahu, semua diselidiknya.

''ah! itu dia!" monolog sang gadis sambil hati berdetak tak keruan. yang pasti ini bukan skip a beat dah ni. lima enam beat sekali skip ni. 

ayat yang ingin di luah sudah berpuluh kali di ubah susun aturnya. gundah gulana tak dapat digambarkan. 

"hai awak!" sang gadis mula bicara. sang arjuna terhenti seketika dari meneruskan langkahnya.

"boleh tak saya nak cakap dengan awak sekejap?, i mean, just you?"- beraninya aku telah sang gadis. cubaan pertama. kau main hentam sahaja.

"boleh sahaja." sang arjuna menjawab sepatah kata sahaja sambil memberi isyarat mata pada teman-temannya. 

earphone di telinga kiri dicabut, mungkin tanda mahu memberi fokus tentang apa yang akan diberitahu kepadanya.

"erm, saya sukakan awak. mungkin ini tersangatlah tiba-tiba. kita saling tak kenal dan ini twithandle saya. mungkin kita boleh jadi teman?"-lancar tutur katanya walaupun masih terkesan ada debaran yang hebat.

muka sang arjuna kaku tak beriak, berkelip-kelip mata sang gadis memandangnya. tak mengerti apa respons yang diperolehi. kertas yang tertera twithandle si gadis di ambil lalu di lipat rapi, di sisip ke dalam wallet sang arjuna.

"terima kasih." kata sang arjuna sambil tersenyum dan berlalu. sang gadis dibiarkan tak berjawab. arjuna berjalan menuju ke destinasi asal sambil senyum manis disimpul. 


-Yang nyata sang gadis tak mengetahui bahawa arjuna yang dipuja , memujanya jua dalam diam.- 

xoxo
TA

Labels: ,



← older newer →
welcome homosapiens
TyaAzuhari
onenine. student.
Instagram
pictures of life
Use some widgets to display pictures from Instagram like Snapwidget or Webstagram.
Followers
awesome people
Credits
Appreciation is always the best
Template handcoded by Twentyonekisses. Banners from Fairycandlesxo. Colors by Elseven. Leave credits intact. Missing credits please inform me on my blog.